Tenaga geoterma ialah tenaga lestari dan sumber tenaga boleh diperbaharui (RE) yang sebahagian besarnya masih belum digunakan. Sebagai sumber mesra alam, ia berpotensi untuk memenuhi permintaan pemanasan, penyejukan, dan elektrik pada masa hadapan.
Terdapat banyak kelebihan tenaga geoterma tetapi ada beberapa cabaran yang perlu kita atasi supaya kita dapat mengekploitasi sepenuhnya sumber semulajadi ini.
Apakah Kelebihan Menggunakan Geoterma?
- Mesra Alam
Tenaga geoterma lebih mesra alam dari sumber bahan api konvensional seperti arang batu dan bahan bakar fosil yang lain. Selain itu, jejak karbon loji janakuasa geotermal juga adalah rendah. Walaupun terdapat beberapa pencemaran yang berkaitan dengan tenaga geoterma, tetapi ia agak minimum jika dibandingkan dengan bahan bakar fosil.
- Boleh Diperbaharui
Tenaga geoterma ialah sumber tenaga yang boleh diperbaharui sehingga bumi dimusnahkan oleh matahari kira-kira 5 bilion tahun lagi. Takungan panas di bumi akan diisi semula secara semulajadi, menjadikan ia mampan dan boleh diperbaharui.
- Berpotensi besar
Penggunaan tenaga di seluruh dunia pada masa ini lebih kurang 15 terawat, yang mana jauh dari jumlah potensi tenaga yang tersedia dari sumber geotermal. Walaupun ketika ini kita tidak dapat menggunakan kebanyakkan takungan, ada harapan bahawa sumber geotermal yang akan diekploitasi akan meningkat kerana adanya pembangunan dan penyelidikan yang berterusan dalam industri. Pada masa ini dianggarkan loji janakuasa geotermal dapat menghasilkan antara 0.0035 dan 2 terawat kuasa.
- Mampan/Stabil
Geotermal menyediakan sumber tenaga yang boleh dipercayai berbanding daripada sumber yang boleh diperbaharui seperti angin dan tenaga solar. Ini kerana sumbernya sentiasa tersedia untuk digunakan tidak seperti angin dan tenaga solar.
- Pemanasan dan Penyejukkan
Keberkesanan menggunakan geotermal dalam penggunaan elektrik memerlukan suhu air melebihi 150°C untuk turbin bergerak. Selain itu, perbezaan suhu antara permukaan dan sumber bawah tanah boleh digunakan. Disebabkan bawah tanah lebih tahan terhadap perubahan haba berbanding udara, ia akan menyebabkan haba tenggelam/ sumber dengan pam haba geotermal hanya dua meter dari permukaan.
- Boleh Dipercayai
Tenaga yang dijana dari sumber ini adalah senang dikira kerana ia tidak boleh berubah-ubah sama seperti sumber tenaga yang lain, contohnya solar dan angin. Ini bermaksud kita boleh meramalkan output kuasa dari loji geotermal dengan tahap ketepatan yang tinggi.
- Tidak Memerlukan Minyak
Disebabkan tenaga geotermal ini adalah semulajadi, jadi minyak tidak diperlukan seperti bahan bakar fosil yang merupakan sumber terhad yang memerlukan perlombongan atau pengekstrakan dari bumi.
- Evolusi Pesat
Terdapat banyak penerokaan terhadap tenaga geotermal pada masa ini, yang bermaksud teknologi baru sedang dicipta untuk menambahbaik proses tenaga. Terdapat penambahan projek untuk meningkatkan dan mengembangkan bidang dalam industri ini. Dengan evolusi yang pesat ini, banyak keburukan tenaga geotermal akan berubah.
Apakah Kekurangan Tenaga Geotermal?
- Lokasi Terhad
Antara kekurangan yang terbesar dalam tenaga geotermal ialah lokasi yang spesifik. Loji geotermal perlu dibina di tempat yang boleh diakses oleh tenaga, ada sesetengah kawasan yang tidak boleh diekploitasi oleh sumber ini. Semestinya, ia tidak menjadikan masalah jika anda tinggal di tempat yang sudah diakses oleh tenaga geotermal contohnya seperti negara Iceland.
- Kesan Sampingan Persekitaran
Walaupun tenaga geotermal tidak mengeluarkan gas rumah hijau, tetapi terdapat banyak gas yang tersimpan di permukaan bumi dimana akan dilepaskan ke atmosfera semasa menggali. Ketika gas ini dilepaskan ke atmosfera secara semulajadi, kadarnya meningkat berhampiran dengan loji geotermal. Walaubagaimanapun, pelepasan gas ini masih jauh lebih rendah daripada yang berkaitan dengan bahan bakar fosil.
- Gempa Bumi
Tenaga geotermal juga akan menyebabkan gempa bumi. Ini disebabkan perubahan struktur bumi yang berlaku ketika menggali. Masalah ini terjadi kerana peningkatan tenaga geotermal, yang memaksa air masuk ke kerak bumi untuk membuka celah ke eksploitasi sumber yang lebih besar. Walaubagaimanapun, loji geotermal jauh daripada pusat populasi, impak terhadap gempa bumi adalah kecil.
- Kos yang tinggi
Tenaga geotermal adalah sumber yang mahal, dengan harga dari $2-$7 juta untuk kapasiti 1 megawat loji. Walaupun kos pendahuluan yang tinggi, perbelanjaan dapat dikembalikan dengan pelaburan jangka masa yang panjang.
- Kelestarian
Untuk mengekalkan kelestarian cecair tenaga geotermal, ia perlu dipamkan kembali ke takungan bawah tanah terlebih dahulu sebelum ia habis. Ini bermaksud bahawa tenaga panas bumi perlu dikendalikan dengan betul untuk mengekalkan kelestariannya.
Penting bagi industri untuk menilai kebaikan dan keburukan tenaga geotermal untuk mengambil kira kelebihan dan kekurangan sambil mengurangkan sebarang masalah yang berpotensi.
Kelebihan dan kekurangan geotermal:
Kelebihan
|
Kekurangan
|
Sumber tenaga ini lebih mesra alam dari sumber tenaga konvensional.
|
Kekurangan yang terbesar ialah tenaga geotermal hanya terdapat di lokasi-lokasi yang tertentu.
|
Sumber ini ialah tenaga yang boleh diperbaharui.
|
Gas dilepaskan ke atmosfera semasa menggali.
|
Sumber geotermal yang akan diekploitasi akan meningkat kerana adanya kajian dan pembangunan yang berterusan dalam industri.
|
Tenaga geotermal berisiko mengakibatkan berlakunya gempa bumi.
|
Sumber tenaga yang berterusan kerana selalu ada tidak seperti angin dan solar.
|
Sumber yang mahal, kos pendahuluan yang tinggi sebanyak $2-$7 juta untuk loji berkapasiti 1 megawat.
|
Sumber yang boleh diharapkan kerana lebih mudah meramalkan penggunaan kuasa loji geotermal dengan ketepatan yang tinggi.
|
Cecair tenaga perlu dipamkan kembali ke bawah tanah sebelum takungan habis. Pengurusan diperlukan untuk memastikan kelestarian.
|
Tidak memerlukan bahan bakar.
|
|
Peningkatan dalam penerokaan ini kerana teknologi baru sedang dilakukan untuk meningkatkan proses tenaga.
|
|
Tahap pencemaran yang rendah berbanding bahan bakar fosil.
|
|
Sumber tenaga ini sememangnya penting untuk masa depan tenaga dan persekitaran dan TWI dapat membantu jika anda ada sebarang pertanyaan mengenai eksploitasi: contactus@twiuk.com